Kurma

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi bila dikeringkan seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara alamiah. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap langsung dapat dirasakan oleh tubuh. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak dapat menyerap terus dalam tubuh. Ia harus dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Kulit kurma yang mengandung serat, amat baik untuk mencegah radang usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandung potasium yang diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandung potasium tetapi jumlahnya sedikit. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak akan menumpuk toksin di dalam tubuh dan tidak akan merugikan tubuh. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Banyak yang beranggapan bahwa hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga dapat berfungsi sama dengan kismis. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah memproduksi makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, “Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
Umat Islam dianjurkan berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga yang dapat langsung dirasakan oleh si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan terasa segar dan bertenaga ia menghalangi kita makan berlebihan mengikuti nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.

Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandung obat. “barang siapa yang selalu makan kurma akan terhindar dari terkena racun yang dimakan.”
Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.
Dalam bidang pengobatan dengan tidak mengandung kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma ditumbuk halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan berbagi jenis penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara penhasil kurma selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam es krim.
Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa saja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang membawa berbagai jenis penyakit.

Tinggalkan komentar